Scroll to top
Celebrating 10th Anniversary

Sepuluh majikan pilihan graduan


Katherine - November 16, 2020 - 0 comments

Maybank, Google, Microsoft Malaysia, Petronas, Shopee Malaysia, Intel Malaysia, CIMB, Shell Malaysia, Celcom Axiata Bhd and PwC Malaysia muncul 10 majikan pilihan teratas graduan bagi 2021.

Berdasarkan Anugerah Pilihan Graduan (GCA) edisi keempat yang diumumkan, lebih 24,000 siswazah dari universiti awam dan swasta seluruh negara mengundi majikan yang paling menarik dalam kalangan 700 syarikat merentasi 35 industri.

Maybank dinamakan sebagai Majikan Terbaik dalam kategori perbankan, manakala British American Tobacco GBS & IDT menduduki tempat teratas dalam kategori industri tembakau.

EcoWorld Malaysia muncul pemenang dalam kategori Pembangunan Hartanah, manakala McDonald’s Malaysia memperoleh jumlah undian tertinggi dalam kategori Rangkaian Makanan Segera.

Dianjurkan oleh Talentbank, GCA adalah anugerah jenama majikan paling berwibawa yang mengiktiraf majikan di atas usaha dan dedikasi meningkatkan jenama masing-masing di universiti awam serta swasta tempatan.

Keputusan yang dicapai GCA adalah daripada undian diperoleh pelajar universiti untuk tempoh 12 bulan dari 1 September 2019 hingga 31 Ogos 2020.

Daripada jumlah undian itu, 52 peratus adalah siswazah wanita manakala 48 peratus siswazah lelaki.

Pengasas Talentbank, Ben Ho berkata, anugerah berprestij ini berfungsi sebagai rujukan kepada graduan baharu untuk membantu mereka memilih majikan apabila memohon pekerjaan pertama selepas menamatkan pengajian.

“Kepentingan imej jenama majikan tidak boleh dipandang ringan. Ia membantu organisasi untuk menjadi tarikan bakat dan memperoleh tenaga kerja yang tepat.

“Selain mendapatkan undian daripada graduan, kami juga meminta mereka melengkapkan beberapa siri soalan kaji selidik bagi mengumpul maklumat mengenai industri pilihan, ciri-ciri majikan, sasaran kerjaya dan jangkaan gaji permulaan untuk gaji pertama,” katanya.

Source: https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20201116/281809991431836

Related posts

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *